Pengelasan saiz pada setiap penggunaan.
Saiz 6 / 8 / 10 sangat sesuai untuk fabrik yang mempunyai corak yang heavy (cth: abstrak / bunga). Saiz 6 / 8 / 10 ini boleh melingkari setiap garisan corak tersebut, contoh adalah seperti gambar nombor 6 di bawah.
Bagi saiz 12 pula, sangat sesuai untuk membentuk corak seperti gambar nombor 2.
Saiz 16 / 20 / 30 adalah sangat sesuai untuk tabur jarak jauh atau menjadi penanda untuk saiz yang lain.
Contoh nombor 4, saiz 16 sebagai penanda bagi saiz 12 bagi membentuk corak bunga.
Contoh nombor 5, saiz 20 menjadi penanda setiap silang empat.
Gambar nombor 3, setiap batu yang di atur sepanjang atas tepi jahitan kelim adalah bersaiz 16, dan di bahagian atasnya pula iaitu teknik susun tabur adalah batu bersaiz 10.
Gambar nombor 1 pula menunjukan hotfix sticker yang siap di paten kan di transfer paper. Hanya tinggal tekap dan iron. Kemudian, guna batu saiz 12 atau 16 untuk susun tabur.
Ini adalah contoh sahaja, anda di galakkan menggunakan kreativiti masing-masing bagi menghasilkan sehelai tudung atau sepasang baju/jubah/gaun/ atau langsir atau apa sahaja yang bermaterialkan fabrik yang lebih cantik, anggun, bergaya dan nampak mewah dengan kos yang rendah.
1)
2)
3)
4)
5)
6)
Video penggunaan steam press untuk tampal manik hotfix dan sticker.
sory video agak kabur. record pakai samsung ala2 corby je
:)
Di bawah ini pula cara tampal sticker hotfix mengunakan iron biasa.
No comments:
Post a Comment